Monday, 23 February 2015

KARNIVAL JJ2

Karnival JJ2 telah berlangsung dengan sungguh meriah. Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya ialah rumah hantu, pertandingan nyanyian, pertandingan menghias kek,dan banyak lagi. Semoga karnival seperti ini diteruskan untuk masa-masa akan datang. Go JJ2!!


 






Happy Deepavali

 Sambutan deepavali peringkat SMK Taman Johor  Jaya 2 di sambut meriah. Perayaan cahaya ini diserikan dengan hidangan yang sungguh menyelerakan.





HARI AKADEMIK DAN MAJLIS GRADUASI 2014

 Pada hari Selasa, 28 Oktober 2014, SMK Taman Johor Jaya 2 mengadakan Hari Graduasi pelajar-pelajar tingkatan lima dan Hari Akademik bagi menghargai kejayaan para pelajar. Semoga pelajar terus bersemangat untuk menggapai kejayaan.

"WE BEAT WE LEAD"





Perginya Seorang Ketua dan Sahabat Ke Medan Baru



Tn Hj Rosland Bin Mohd Yusof merupakan ketua merangkap sahabat lama. Beliau telah saya kenali sejak bertahun lamanya walaupun sebelum berada di sekolah yang sama. Beliau merupakan rakan sekuliah semasa di universiti dahulu. Perpindahan beliau ke sekolah baru iaitu SMK Kota Masai 2 benar-benar terasa kehilangan. Komitmen dan jasa beliau di SMK Taman Johor Jaya 2 tidak mungkin dapat dilupakan semua warga JJ2.

JASAMU DIKENANG!











Saturday, 5 July 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Sambutan hari guru 2014 disambut meriah oleh semua warga SMK TJJ2. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian dan perutusan hari guru. Kemudian majlis diserikan dengan acara guru yang memaparkan pelbagai gelagat lucu para guru melaksanakan tugas dalam permainan yang dinajur.



PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA JJ2- UTM

Dalam usaha mencegah merebaknya kes denggi di negeri Johor dan Johor Jaya khasnya, satu program gotong royong perdana dijalankan di SMK TJJ2 dengan usaha sama warga UTM. Semua guru dan siswa serta siswi UTM bertungkus lumus membersihkan sekitar kawasan sekolah.





ENGLISH WEEK JJ2


English Week JJ2 telah dilancarkan untuk menggalakkan semua warga JJ2 menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sejajar dengan dasar MBMMBI. Pelbagai aktiviti disediakan bagi menarik minat pelajar untuk mengaplikasikan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian mereka.